Flat rate RM7 Poslaju for any quantities to Semenanjung address!
Cart 0

SEARCH Katharsis LP

RM 199.00


Album “Katharsis” oleh kumpulan rock legenda, Search, telah diabadikan dalam bentuk piring hitam dan akan mula diedarkan ke seluruh negara pada 28 Julai 2020. KATHARSIS THE VINYL!

Album ini yang julung kalinya menemui peminat melalui format CD pada penghujung 2017 lalu, telah memulakan proses penerbitan piring hitam pada tahun 2018. Segalanya bermula di studio terkemuka Amerika Syarikat yang tidak asing lagi, Sterling Sound. Proses mastering telah dikendalikan oleh salah seorang jurutera bunyi mereka yang tersohor iaitu Ryan Smith, yang pernah mengendalikan album-album gergasi rock terkenal seperti AC/DC, Ozzy Osbourne dan Coldplay!

Tahun berikutnya, proses “pressing” ke format piring hitam bermula. “Master” Katharsis telah di bawa pula ke kilang piring hitam Disc Makers di New Jersey untuk proses terakhir pembikinan Katharsis The Vinyl. Di sini lah tempatnya kesemua piring hitam, sampul, poster serta booklet Katharsis dibikin dan dibungkuskan secara sistematik untuk edaran di Malaysia.

Album Katharsis ini yang juga merupakan album terakhir vokalis rock legenda Amy bersama kumpulan Search, adalah kenangan manis bagi peminat-peminat Search yang berminat menjadikan ia sebagai koleksi piring hitam simpanan mereka.


Piring hitam Katharsis 'Made In USA' ini hanya terhad kepada 500 unit untuk edaran sedunia.